TriVlogSIM


Logo KBBA

Thursday 29 June 2017

PENGALAMAN INTERVIEW SCHOLARSHIP 2017



Assalamualaikum guys!!!


First try from admin Min kat sini hihi
Admin x banyak sangat benda nak kongsi dengan korang. Just nak share pengalaman persiapan interview je.
First thing before tunggu result tu memang dah set dah,,first week lepas dapat result konfem busy so memang dah letak tepi dah segala game ka smule ka(hobi walaupun suara xsedap)
Ya la,waktu tunggu result tu dah terkial2 cari scholarship dengan harapan nak guna result trial tp mana la bnyak sangat yg buka.

Dapat ja result admin dah aware dah dengan scholarship yg nak bukak tu mcm MARA,JPA dan lain2 tu.Xpayah risau sangat,kalau korang ada group skolah dalam whatsapp tu konfem akan aware jgak.Mesti ada punyalah kawan2 sekolah akan share.Sharing is caring kan.Yang mana dapat tu share2 lah sama2 kawan,xpayah kedekut sangat.Mana tau dapat belajar skali lagi ka lagi seronok
Dipendekkan cerita admin dapat la panggilan interview sikit.Excited tu xleh kira habis dah tapi nervous pon ada.Admin ni jenis yang xbanyak mulut sangat penyegan xkena tempat orang kata.Kalau ada penilaian apa2 ja mesti dub dab dub dab xberenti,termasuklah lisan BM and BI kat skolah.

Untuk pastikan xterkena nervous attack tu,admin kena la prepare lebih skit.Seminggu admin berlatih introduce diri depan cermin ngan adik bongsu admin.English la admin tekankan skit,nak merapu kot english ni susah skit dari BM.Kalau boleh korang ready la siap2 macam scan dokumen penting macam slip SPM,kokurikulum,surat berenti sekolah,IC (termasuklah parent) and slip gaji.Kalau boleh ready CTC skali.Print la dokumen tu and sahkan siap2.One more thing,gambar korang yang formal punyalah.Xperlu la rambut stylish bagai,asalkan kemas ja.

Tibala hari interview,,dokumen semua memang lengkap la,so naik la bas pergi interview.Slalunya kalau parent free tu diorang akan ikut tapi xsalah kalau nak berdikari.Jangan lupa mintak doa parent and dkat allah skali,banyakkanlah tahajud.Selalunya interview ni kebanyakannya memang dekat selangor,kalau ada saudara mara tu tumpang je la sehari dua lagi mudah.
Plan admin memang nak pergi awal tapi ada problem skit pagi tu,so lewat skit la.Sampai ja sana,serius excited sebab nampak ramai ja student lepasan SPM ni.

Tegurla orang2 kat situ,mana tahu kalau2 group sekali ka,xla awkward sangat.Semua baik2 ja.So lepas habis daftar tu tunggu la giliran korang.Waktu tunggu tu la nervous tu datang tegur kita.Nasib baik ada aircond,kalau x memamg kantoi la lencun dengan peluh.Admin sarankan waktu tu korang xpayah la cari maklumat lain ka,kalau dah prepare nak takut apa lagi,baca waktu tu memang xleh ingat la.Mesej boifren ka girlfren pon xpayah la,mengarut ja.
Admin pon kena la interview,admin skip la part ni,dia tanya macam2 sangat.Yang mana masuk nasyid ka time skolah tu ready la siap,silap2 kena nasyid depan panel tu.

Banyak la dia tanya but mostly more about yourself la,xtanya banyak pon pasal company tu.Korang mintak scholarship bkan mintak kerja.Diorang pon tahu la kalau korang jadi scholar nanti memang akan tahu jgak hal ehwal company.Tapi jangan la sampai xtahu langsung pasal company tu.
Point dia sbenarnya admin nak kata preparation memang penting and tolonglah jangan riak sangat dengan result korang tu.Dkat situ,baru admin tau tinggi rendah langit ni.Ramai lagi yg lagi pandai la dari korang and xperlu pon bandingkan result kat situ.Klau dah dapat panggilan interview tu means kita mmg dah lepas la syarat akademik tu.

Confident satu lagi ni.Tolonglah percaya dengan diri sendiri.Kalau dapat tawaran pengawas kat skolah tu ambik la walaupun segan2.Pengalaman tu nanti akan tolong balik korang lawan sifat segan tu ha.Pengawas skolah rendah xpyahlah ungkit.Skolah menengah ni hormon dia lain dah,malu tu makin berganda orang kata.
Nanti admin sambung lagi crita ni.Trima kasih sudi baca 

Friday 12 May 2017

NAK TINGGAL ASRAMA KENA ADA SYARAT?



Assalammualikumm warrahmatullahhiwabaratuh(sekali sekala bagi salam panjang2..haha..kalau ada silap gitau okay )...haiiii readers sekalian..haa..admin shihan kali ni nak buat entry based on pengalaman admin sendiri kat sekolah berasrama ni.Admin dah duduk asrama lebih kurang 5 tahun laa so boleh laa nak cerita serba sedikit Syarat2 untuk adik2 atau korang yang baru nak masuk asrama ka nak masuk U ka nak survive macam-mana.Semoga entry admin kali memberi manfaat..tak banyak pun takpa..sedikit pun jadi laa ..hahah
haaaa...

First point yang admin nak share ialah persediaan mental .So korang yang nak masuk asrama ka apa ni mental korang harus laa kuat..biasa laa an baru nak duduk dalam enviroment baru..kena laa kuatkan mental tu sebab korang berkemungkinan nanti akan mengalami cultural shock...kehidupan kat asrama ni memang agak lain berbanding dengan kehidupan dia rumah..kalau dia rumah..kita boleh buat apa saja yang nak..nak bangun pukul berapa,nak tidur pukul berapa..dekat asrama its totally tak sama..you guys kena ikut peraturan yang ditetapkan dia asrama kalau kena bangun pukul 6 pagi so kena bangun laa pukul 6 pagi ( kecuali korang gangster terlebih..nak bangun pukul 8 pun boleh )...hahah..cam admin dulu time form 1 nak bangun tak pergh..memang susah laa...lepastu dalam pukul 12 camtu tertidur balik laaa ...kat asrama pun everything korang kena buat sendiri basuh baju..kemas katil..semua tu sendiri laa..kecuali memasak..kalau masak maggi ja buat sendiri ...haa..ada lagi contoh2 lain yang admin nak bagi...tapi takut satgi merapu ke benda lain..main point dia korang ni haruslah mentally kuat..jangan rasa mcm tu susah ni susah..nama pon asrama..mmg kena berdikari laa..so admin harap mental korang semua kuat mcm admin ..hahaha...kita pergi ke point yang seterusnya

Point yang kedua duit..haaa..point ni sangat penting..ianya terbahagi kepada dua..penjagaan dan penggunaan...part 1 penjagaan duit..dekat asrama ni antara benda yang selalu nak kena ada dekat korang adalah duit (melainkan korang senior..loker tak berkunci takpa..mcm admin dulu )...kalau bawak duit tu seeloknya bawak laa duit tu pergi mana sahaja..lagi2 yg bawa duit banyak tu sbb based on experience admin.Duit korang tu kena jaga elok2 sebab kat asrama ni kes kehilangan duit ni benda biasa..so kunci laa loker korang elok2(sebaiknya guna mangga yang kuat atau 2/3 sekali gus..haha..)...part 2..penggunaan duit..dekat asrama ni kita perlu lah berbelanja dengan cermat..beli barang yang perlu sahaja..jangan beli barang yang korang tak perlu sangat sebab nanti korang mungkin overspent duit korang.sebaiknya kalau nak makan tu..makan laa dekat dewan makan yang telah menyediakan makanan..baru jimat sikit duit belanja tu..tapi nak makan dekat kantin sekali sekali tak menjadi masalah..kalau korang tak pergi langsung nanti rugi pulak kantin tu ..hahah..paling elok korang buat buku perbelanjaan agar korang boleh keep in track perbelanjaan korang.

Seterusnya..dekat asrama ni korang kena pandai berinterkasi dengan orang lain.Komunikasi memang sangat penting kat asrama ni..korang tak boleh macam duduk diam2 tak buat apa ka..korang kena laa berinteraksi dengan orang lain..kena cari kawan agar korang tak keseorangan nanti sebab trust me you need atleast one friend nak survive kalau dak you will die of kebosanan ...korang pun kena pandai berinteraksi ngan orang yang lebih tua dari korang contohnya cikgu2 dan senior2 dengan erti kata lain..beradab ..paham?..kalau jumpa bagi salam and sebagainyaaa..kalau diorang minta tolong tu paling afdal korang tolong laa mereka..kalau cikgu korang mesti tolong..kalau senior tu tolong laa jugak... walaupun dulu senior mintak tolong admin tak suka gak..lama biasa laa..atleast dapat pahala kan..tak rugi pon tolong...so korang kena pandai laa berinteraksi dengan orang2 dekat sekeliling 

Last point yang admin nak share ni adalah korang kena pandai agih masa and belajar bersungguh-sungguh.Antara sebab kenapa asrama diwujudkan ni adalah agar dapat melatih pelajarnya mengagih masa sebabnya kalau kat asrama ni waktunya memang padat..ni serious..bila korang masuk asrama nanti macam2 aktiviti yang korang akan join nanti so korang kena laa pandai bahagikan masa korang buat aktiviti kokurikulum and waktu belajar...waktu belajar ni korang tak boleh abaikan..akademik is always first..tak kira laa korang buat apa ka sampai peringkat kebangsaan tapi kalau result exam korang tak bagus tak guna juga sebab kokurikulum hanya cover 10 percent saja nanti..tapi apa yang admin kata ni tak semestinya korang kena abaikan kokurikulum..kokurikulum tu penting jugak tapi jangan sampai pelajaran korang terabai okay?..so korang kena pandai agihkan masa..siapkan homework lagi yang cikgu jenis nak makan orang tu..hahahahah ..

okaylah..sekian dari admin shihan..semoga korang dapat manfaat dari entry kali...admin ingin ucapkan goodluck pada reader2 yang bakal masuk asrama ataupun dah mmg ada dekat asrama tu boleh laa pratikkan apa yg admin share ni..hahaha....alrighttt..roger and out dari admin shihan ..assalammualaikum

Thursday 11 May 2017

PETUA HIDUP TENANG



Haii..Assalammualaikum semua reader..

okay ni first entry admin shihan ni..so harini admin nak bagi An Advice Of Life dekat korang.Nasihat ni sebenarnya kawan admin yang bagi kat admin.So admin decide nak share dekat korang semua.Semua orang pasti dah melalui saat-saat sukar dalam kehidupan right?Contohnya gagal dalam peperiksaan,pergi interview tapi tak dapat and macam-macam lagi laa..so untuk overcome masalah ni...harini admin akan kongsikan Petua Hidup Tenang.

First,petuanya ialah Jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang.Perkara ni memang asas kalau korang nak tenang dalam kehidupan ni..berhenti bandingkan life korang dengan orang lain sebab mungkin kita tak tahu susah senang dalam kehidupan yang mereka dah tempuhi tak mcm kita.Perjalanan hidup setiap manusia lain-lain so stop comparing with each other.Contohnya yang macam ni..kawan kita dapat tawaran itu dan ini,macam-macam tawaran sambung belajar yang dia dapat lepastu korang duk compare dengan dia..benda macam ni tak sepatutnya berlaku..korang mungkin tak tahu apa yang dia buat..apa yang dia usahakan sampai boleh dapat macam tu and maybe bukan rezeki korang lagi nak dapat camtu maybe in the future..ataupun rezeki korang datang dari cara yang lain.So jangan compare life korang dengan orang lain

Seterusnya,jangan berfikiran negatif terhadap semua benda sebalik stay positif.Ini adalah satu habit manusia zaman sekarang suka berfikiran negatif terhadap orang lain.Contohnya dia post kat instagram yang dia buat sesuatu benda ni and kita tak suka tak bermakna kita berfikiran negatif kat dia..contohnya macam sorang kawan admin ni..dia tak suka orang hisap rokok kalau dia nampak ja macam-macam dia kata.Guys sepatutnya kita tak boleh camtu..memang merokok tu tabiat yang  buruk tapi jangan berfikiran negatif sangat..maybe dia pun sebenarnya dah tak nak merokok just dia dah ketagih nak buat camna and kita sebagai kawan sepatutnya nasihatkan dia and tolong dia..satu lagi contoh macam kalau korang masuk pertandingan dan dalam pertandingan tu korang kalah..kita tak boleh berfikiran negatif kata kita ni memang patut kalah atau apa maybe team yang kita lawan tu memang layak menang dibandingkan dengan kita..so itu je laa kot nak dijadikan contoh..hahahah..kesimpulannya just stay positif okay..all of it happens for a reason and always trust god he knows the best for you..and inshaallah your life will be peaceful.

Selain itu..petuanya ialah jangan ungkit kesilapan masa lampau.Hidup kita takkan tenang jika kita seringkali mengungkit kesilapan masa lampau diri sendiri.sebaliknya ianya akan memakan kebahagiaan masa hadapan..okay admin ada contoh untuk ni..berkenaan dengan exam gak la..alang2 admin baru habis sekolah menengah..hahahaha..ada sorang kawan admin ni dapat result yang teruk untuk exam lagi2 dalam addmath....tapi dia tak mengalah sebaliknya dia lupakan result exam tu and teruskan berusaha..and alhamdullilah dia dapat perbaiki exam dia lepastu..ada pepatah mengenai tak silap admin bunyi camni "it is not a danger to get a bad grade but it is a danger to let the bad grade get to you" so berhenti mengungkit kesilapan2 lampau and teruskan move on.
Okay so setakat ni je laa entry admin setakat ni..semoga korang dapat manfaat dari sharing tak seberapa dari admin ni..haha..kalau ada salah silap tolong maafkan laa nah..first time tulis ni...hahahah..

sekian terima kasih assalammualaikum dari admin shihan